Gading Marine Industry

GadingMarine

GMI in the News

KM JEPAK kembali perkukuhkan penguatkuasaan di perairan negeri Perak

December 6, 2024

Lumut, 28 November – Maritim Negeri Perak telah menerima Kapal Maritim (KM) JEPAK setelah aset itu selesai menjalani pembaikan oleh Gading Marine Industry Shipyard Sdn Bhd yang berlangsung di Bilik Taklimat Maritim Negeri Perak, Lumut pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, penerimaan KM JEPAK yang telah menjalani sesi pembaikan selama tujuh bulan ini bakal memperkasakan lagi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Ujar beliau lagi, dengan kembalinya KM JEPAK menjalankan operasi di kawasan perairan Negeri Perak, ia diharap akan dapat meningkatkan pembenterasan kesalahan di dalam Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan kawasan Unresolved Maritime Boundary (UMB) antara Malaysia dan negara Indonesia.
Majlis tersebut telah disempurnakan antara Pegawai Memerintah KM JEPAK, Leftenan Komander Maritim Firdaus bin Che Ahmad dan wakil dari Gading Marine Industry Shipyard Sdn Bhd iaitu MRO General Manager, Leftenan Komander (Bersara) Haji Zulkiflee Kadir.

Majlis berkenaan telah disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut Timbalan Pengarah Pengurusan, Encik Hailnizam bin Mohd Mokhtar dan pegawai – pegawai memerintah kapal yang lain serta warga KM JEPAK.

Sumber: https://www.facebook.com/share/15hXvpXf6D/?mibextid=WC7FNe